bLiNk !!!

Tuesday, October 12, 2010

A moment to think...

Sebenarnye la kan, ari ni bukan nyer aku happy pun...tp aku nak kongsi 1 cerita, ntah la layak ke x nak panggil cerita, yg penting ini luahan hati seorang kanak-kanak yang sehingga kini masih menunggu....aku akan sambung setiap minggu, sampai cerita nie tamat...


Di suatu tempat di dalam sebuah kampung, tinggal seorang kanak-kanak perempuan. Hidup sebatang kara, menumpang simpati jiran tetangga. Biasalah kehidupan kampung, semua orang sibuk dengan agenda mereka yang tersendiri. Lisa yang telah mencecah umur 13 tahun baru sahaja kehilangan orang tuanya. Kenangan hitam pada hari lahirnya itu tidak akan dapat dilupakan.

Bilamana ada sesiapa yang bertanyakan umurnya, tatkala itu juga dia akan menitiskan air mata. Anak kedua dari 4 adik-beradik ini kehilangan keseluruhan keluarganya dalam 1 kebakaran. Ketika itu Lisa dalam perjalanan menuju ke rumahnya, pulang dari sekolah. Awal-awal pagi lagi ibunya telah berpesan supaya pulang awal dari sekolah, kerana hari itu mereka sekeluarga ingin ke pekan, menyambut ulang tahun kelahiran Lisa. Namun...

1 comment: