bLiNk !!!

Friday, October 15, 2010

"Orang Baru" + "Emosi Baru " = " Semangat Baru!

Bukan senang nak jumpa benda camni, tapi kalau dah jumpa, ada yang suka, ada yang sakit hati.

Nak dijadikan cerita, seorang mamat ni, hidup terumbang-ambing. Ade kekasih, sayang bagai nak gila! Sampai boleh gila la kalau kekasih hati nya itu buat perangai yang memang menguji ketabahan jiwa dan raga beliau~

Dalam hidup beliau, sentiasa beliau mengutamakan kekasihnya itu, dalam segala hal la (konon-konon baik sangat la ni). Namun, setelah melalui satu jangka masa, yang melibatkan segala asam masin dan garam halus kehidupan, beliau melihat bahawa kekasihnya sudah mula mewujudkan "jarak" antara mereka.

Hal ini sangat membimbangkan beliau, dan oleh kerana itu jugalah beliau semakin mengambil berat, semakin bertolak ansur dan mencuba sehabis baik untuk menawan semula hati insan yang dia sangat sayangi itu. Setelah pelbagai usaha, akhirnya...........beliau gagal...

Walaupun kegagalan itu hanya wujud dalam pemikiran mamat ini, namun ianya semakin menjadi nyata dengan perubahan sikap yang diperlihatkan oleh kekasihnya itu. Setiap hari semakin dingin, semakin mudah tersinggung biarpun kerana hal yang sangat kecil, dan semakin cepat bosan...

Belum wujud putus asa, namun pada suatu malam, setelah beliau bertanya kepada kekasihnya itu, apakah punca semua ini terjadi. Apakah ia salah nya? Jelaskanlah...namun tidak pernah jawapan yang kukuh diberikan...hanya ungkapan bagi mengelakkan persoalan menjadi bualan utama.

Akhirnya, satu soalan terpacul, "apakah beza bersama saya dengan bersama dia?" Mudah jawapannya, "BARU, di sini ada benda baru, maka saya tidak mudah bosan".

Tanpa disedari oleh kekasih mamat ini, jawapan itu seumpama pembunuh kepada penantiannya...apakah dirinya sudah begitu lama? Sudah tidak wujudkah perasaan seperti dahulu yang tidak pernah jemu? Oleh itu, mamat ini hanya mampu terus berfikir, dan mengharap agar suatu hari, semuanya akan kembali seperti dahulu, "Seperti ketika kau memerlukan aku".

No comments:

Post a Comment